hello!

Cute Hello Kitty 4

Followers

Friday, October 14, 2011

DAULAT TUANKU!



Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi Yang di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda. Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri. Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010. -MStar



bangga beb ..


walaupun pasukan bole sepak kedah tak dapat mara ke piala malaysia...i masih dapat berbangga dengan SULTAN KEDAH..
  
sultan kedah merupakan sultan yang berdaulat.....
i doakan moga baginda dipanjangkan umur....dan sihat sejahtera.....
sultan kedah sultan berdaulat....
DAULAT TUANKU....!



\

anak bonda dan ayahanda

anak bonda dan ayahanda

TAK SUSAH..MINTA TOLONG CLICK AJE....TERIMA KASIH....