hello!

Cute Hello Kitty 4

Followers

Thursday, October 21, 2010

cemburu!!!

gambar hiasan


entah lah..kadang2 ade rase cemburu..kadang bila fikir..perlu ke aku cemburu...
tapi aku pelik...sikap seorang perempuan mmg kuat cemburu ke?
maksud aku..

  • segelintirnye,cemburu dgn kecantikan seseorang...
  • kekayaan seseorang...
  • cemburu dg kelebihan org...
  • cemburu bila org yang rapat dgn seseorang yang rapat dgn kite..

tapi bg aku..aku takkan cemburu pasal tuh...nonsense jer..
lebih baik aku jeles klu org tuh lebih bijak dr aku...

tapi aku nih jenis tak suke org yang berlagak dan baget bagus dan baik nih...
yelah...tak de manusia yang sempurna ...

so RAWK ar sket....
tak yah cemburu..
hehehhe~(tipu)
aku nih cemburu sgt bila aku dah syg..
tapi aku bukan jenis yang bg tahu klu aku syg org tuh..ye lah...
aku nih kas0r sket...
tapi klu org tuh dah tak pedulikan aku....
sedih jugak....tapi aku buat "derk" je...ye lah..
"Rawk"...
kihkihkihkih~
kejab ni ade satu article kenape kita boleh cemburu....

gambar hiasan



JEALOUSY

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.
Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya, kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.
Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.
Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah hubungan begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.
Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.


Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukankah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba- Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


my rabbits!!!!

No comments:

\

anak bonda dan ayahanda

anak bonda dan ayahanda

TAK SUSAH..MINTA TOLONG CLICK AJE....TERIMA KASIH....