hello!

Cute Hello Kitty 4

Followers

Friday, April 8, 2011

karma???? ini jawapannya...dari segi AGAMA ISLAM







salam....
hari ni ai ade benda nak kongsi dengan semua kawan2...kadang-kadang kita lupe akan ape yang kita cakap n ape yang kita lakukan didunia ini.....
semua orang pernah buat kesilapan n salah..tapi sesungguhnya ALLAH S.W.T maha mengampun....dan dia lebih tahu ape yang akan terjadi dan yang telah terjadi....
kebanyakan diantara kita apabila bercakap tidak pernah fikir akan maksud dan istilah yang lebih tepat bagi menyokong kata2  diri sendiri termasuklah ai sendiri....
ai tahu ramai yang masih belum tahu pasal maksud tersirat "karma"..
ai pernah juga bercaap pasal karma yang kita sedia tahu karma adalah
''baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat''
tapi sedarkah korang yang perkataan itu adalah sebahagian daripada kepercayaan org buddist dan hindu...
pada mulanya ai pun tak tahu,tapi bila terdetik di hati ini nak tahu ape maksud tersirat..barulah tahu ape maknanya..

 Pandangan Islam: Pertama, tiada istilah kelahiran semula dalam Islam, oleh itu hukum karma tertolak dengan sendiri. Pandangan Islam amat jelas melalui Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
  
banyak juga pertanyaan dalam "i luv islam" ni...kalau nak thu click yer...




ini ade satu artikel yang menceritakan akan maksud ''karma "..







Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.

Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.

Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.

Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.

Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.

Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.

Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.

Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.

jadi kita sebagai ummat islam jangan main sebut je kalau tak tahu maksudnye..contohnye lagu wings y bertajuk 'hukum karma'' click sini klu ade yang tak tahu: lirik lagu hukum karma ...
pelik kan?tapi tak de isu yang timbul pasal lagu ini,but itilah y ai katakan, mungkin ramai yang tidak tahu...so renung2kan lah...berfikir sebelum tahu akan maksud tersirat...


ini pedapat dari ai aje..ikutlah korang nak judge mcm mn...




mungkin org tertanya pula pasal kifarah,ini jawapannya thanks to Panglima 7


Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada’) Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada’) bagi sakit itu belum menepati qada’ Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan.




subhanallah....


banyak kita tak tahu n perlu kita tahu...
oleh itu tak rugi jika kita mencari kepastian...
ai hanya mencari kepastian.maaf jika anda tidak bersetuju...hanya mahu berkongsi...





''what u give u get back!! but sometime u get more!!''



gambar hiasan



No comments:

\

anak bonda dan ayahanda

anak bonda dan ayahanda

TAK SUSAH..MINTA TOLONG CLICK AJE....TERIMA KASIH....