hello!

Cute Hello Kitty 4

Followers

Saturday, September 10, 2011

MEREKA SAH MENJADI SUAMI ISTERI..

SALAM....
ehem2...


Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititik beratkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting.




kalau hang nak p merisik


Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.
Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.


kalau hang nak minang orang hang baca nih~


Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak.




dan sebenarnya i nak cerita pasal cousin i nikah baru2 ni..hahahahahahah 


alhamdulillah cousin i MOHD SHUHAIRIE AHMAD DAN NUR JANNATUL  selamat di ijab kabulkan...


ni semasa majlis akad nikah berlangsung...dari masjid hinggalah ke rumah pengantin... 

cousin i n kwn2 nya

datin2 bawa duulang hantaran...

gelisah depan tok kadi..hahahha

batal air sembahyang

akhirnya bersatu jua









dua org awek ni mmg rajin posing...hahhaha harap maklum



 sampai disini saja...k bye~~~~~

3 comments:

nub said...

wahwah. tahniah kat spupu hang.

aiyy, teringin lak nak kawen. harhar

matahari said...

hehehheh nub dah ada calon ke?hehehhehe jgn lupa jemput lak..heheheh

Siti Mashitah Saidin said...

hang bila lagi weh?

\

anak bonda dan ayahanda

anak bonda dan ayahanda

TAK SUSAH..MINTA TOLONG CLICK AJE....TERIMA KASIH....